Monday, 22 June 2015

Herbal Blend


Cream yang wajib ada di setiap rumah. Pelbagai fungsi dan kegunaan. Yang penting selamat dan berkesan.


Untuk seisi keluarga. Pada awalnya guna untuk ruam kat si adik. Bila panas dan berpeluh je naik ruam kat muka dan badan. Alhamdulillah lepas guna cream ini ruam makin berkurang.
Saya pula guna untuk kulit yang kasar kat tumit ni. Jadikan losyen pun boleh. Cepat meresap dan tak melekit. Itu yang bestnya....

Macam2 lagi fungsinya...
> untuk ruam lampin
> terkena minyak panas
> hilangkan kesan demam campak


Harga??...
Tak mahal pun.
Jom dapatkan sekarang
Adah0192841185






Wednesday, 3 June 2015

Panduan Semasa Berpantang


Ibu yang dalam pantang memanag kena jaga betul-betul kesihatan. Selalunya orang tua cakap kalau dalam pantang, tapi tak nak jaga betul-betul nanti dah tua barulah badan sakit-sakit kan. Jangan pantang nampak semua nak di ngap yer....

Ini antara yang boleh dijadikan panduan semasa dalam pantang.








Wednesday, 20 May 2015

Gastrik Berkurang Dengan ESP




Anda ada masalah gastrik?

 

Menurut seorang pakar bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialis Hospital, Dr. Sukurmar Nadesan memberitahu apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.

ESP amat2 membantu. Protein dalam ESP membantu membina sel-sel baru dalam badan bagi menggantikan sel-sel lama yang rosak.

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.

Bagi anda yang mempunyai gastrik, ESP mampu membantu menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna.

ESP juga sesuai untuk diambil pada bulan puasa nanti terutama yang menghadapi masalah gastrik. Ini kerana ESP memberikan rasa kenyang yang lama.





Sunday, 10 May 2015

Zinc Complex





Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh badan kita.
Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Fungsi Zinc
Menyembuhkan jerawat atau akne
Bantu merawat akzema
Mengatasi masalah kerawat pada kulit
Membantu menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
Mempercepatkan penyembuhan luka (penting untuk ibu bersalin normal / czer atau orang baru jalani surgery)
Membantu menangani gangguan prostat
Memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman
Membantu mencegah keguguran rambut
meningkatkan tahap penglihatan dan rabun malam
Meningkatkan tahap imun sistem badan


Siapa yang perlukan Zinc Complex ini?
Sesiapa sahaja yang mahu kesihatan optimun
Individu bermasalah rambut gugur
Suami yang sukar mendapat anak
Pesakit kencing manis
Ibu baru lepas bersalin normal atau czer
Individu baru lepas jalani pembedahan

Sakit Pinggang Dan Lenguh-Lenguh Kaki?


Selalu kita dengar orang-orang tua atau ibubapa kita sakit pinggang dan lenguh-lenguh kaki kan.
Saya yang tak berapa nak tua ini pun dah mula rasa lenguh-lenguh kaki lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak.

Kenapa ye?
jadikan malam ku lebih lena....
jadikan siangku lebih cergas....
lalala....

Saya dah tahu jawapannya.

Sebab saya ni bukan lah penggemar susu, dan jarang-jarang, kadang-kadang je minum susu.
Kalau nak kata hari-hari minum susu, memang tak ada lah...

Rasanya ramai juga orang lain yang tak gemar minum susu.
Tapi, Alhamdulillah semenjak ade kesedaran tentang pentingnya kalsium dalam tubuh badan, (sebenarnya semenjak sakit kaki ni). baru rasa insaf untuk menjaga nikmat sihat yang Allah bagi.

Saya mengaamalkan Ostematrix iaitu kalsium Shaklee dalam bentuk tablet yang lagi mudah ditelan.
Ostematrix merupakan kalsium rumusan khas dan semulajadi.

Dalam satu tablet Ostematrix turun mengandungi ;
>  magnesium
> fosforus
> vitamin D
>  kuprum
>  manganes
>  boron

Semua nutrien ini perlu diambil untuk meningkatkan penyerapan kalsium oleh tubuh dan mengelakkan endapan sesetengah mineral.





Jom sama-sama sihat...

Siapa yang nak mencuba Ostematrix ni boleh hubungi saya :

Adah 019-2841185

Wednesday, 22 April 2015

Promo April 2015




















Promo yang banyak di bulan April ni. Best sangat-sangat....
Nak harga yang istimewa cepat-cepat hubungi saya ye.

Adah 019-2841185

Alfalfa Complex




 

Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos / baja bebas kimia.

Digelar raja segala tumbuhan kerana khasiatnya yang pelbagai. Akar tunjangnya tumbuh sedalam
6 meter ke dalam tanah membuatkan ia mampu menyerap pelbagai jenis zat dan mineral. Digunakan sejak sekian lama oleh native America sebagai penawar semulajadi.

















Kandungan Alfalfa
Vitamin A
Vitamin E
Vitamin B6
Vitamin K
Vitamin D
Kalsium
Zat besi
Kalium
Fosforus
Klorin (klorida)
Sodium
Silikon magnesium
kaya dengan protein - 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1%berbanding telur.

Fungsi Alfalfa
Melegakan sakit sendi dan sakit belakang
Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Mengurangkan simpton PMS (untuk wanita)
Merawat arthritis
Membantu masalah allergi dan ekzema (jika bayi ekzema, ibu boleh amalkan alfalfa dan khasiatnya bayi dapat melalui susu ibu)
Mengatasi masalah asthma
Memcuci usus untuk tujuan membuang toksin (detox)
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
Menutralkan asid dalam badan
Merawat masalah keputihan (untuk wanita)
Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
Sebagai kacip Fatimah bertindak sebagai perapat mengembalikan hubungan hangat suami isteri (untuk wanita)
Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan
Meningkatkan stamina para suami
Sebagai pelawas dan mengatasi masalah sembelit
Membuang angin dalam badan
Sebagai milk-booster membantu lancarkan penyusuan dan tambah susu badan

Siapa perlukan?
Sesiapa sahaja baik wanita dan lelaki kecuali yang ada penyakit SLE
Ibu menyusu (kecuali bayi mengidap G6PD)
Individu yang menghadapi masalah resdung, ekzema, alahan, masalah jerawat teruk atau masalah kulit
Individu yang sering keletihan, lesu dan cepat penat

Saturday, 18 April 2015

Anaemia

Apa itu Anaemia?
Penyakit kekurangan sel darah merah dalam badan

Punca-punca penyakit Anaemia
Ibu yang kerap mengandung
Kurang mengambil makanan yang berzat
Penyakit keturunan / genetik (cth : Thalassaemia)

Tanda-Tanda
Sentiasa rasa pening
Jantung berdebar-debar
Pucat
Letih lesu

Risiko kepada penghidap penyakit Anaemia
Ibu mudah mendapat penyakit lemah jantung
Tumbesaran anak dalam kandungan terbantut
Anak mati dalam kandungan
Mengalami keguguran

Langkah pencegahan penyakit Anaemia
Makan makanan seimbang dan lebih zat besi
Rehat yang mencukupi
Merancang kehamilan



Vitalea membantu ibu semasa hamil
Vitalea melengkapkan keperluan nutrisi untuk ibu hamil. Mengandungi 12 vitamin dan 7 meneral penting. Membantu dalam meningkatkan kesihatan. membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga. Vitalea juga membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anaemia. (amat diperlukan oleh ibu hamil, ibu dalam pantang dan ibu yang menyusukan anak).

Untuk mencuba  bolehlah hubungi saya
Adah 019-2841185









Wednesday, 15 April 2015

Darah Tinggi Semasa Mengandung

Apa itu darah tinggi ?
Satu keadaan di mana tekanan darah tinggi seseorang ibu menjadi tinggi selepas mengandung 20 minggu (5 bulan)





Tanda-tanda darah tinggi
Tekanan darah > 140/90
Sakit kepala, kabur penglihatan dan sakit hulu hati
Mengalami kencing kotor (protin urin +++)
Mengalami kaki bengkak

Kesan penyakit darah tinggi untuk ibu mengandung

Ibu boleh mendapat sawan
Ibu mudah mendapat menyakit buah pinggang
Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
Anak mati dalam kandungan
Ibu boleh mati jika tidak dirawat

Langkah pencegahan darah tinggi
Rehat yang cukup
Membuat pemeriksaan awal sebelum kandungan menjangkau 3 bulan

Darah tinggi semasa mengandung tidak dihidapi oleh semua ibu tetapi ada beberapa ibu yang berisiko tinggi :
Primigravida, Grandmultip
Kandungan kembar
Sejarah darah tinggi

Jaundis / Penyakit Kuning

Apa itu Jaundise?
satu keadaan di mana kulit dan mata bayi berwarna kekuningan akibat paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah bayi. Jika paras bilirubin terlalu tinggi ia boleh mengakibatkan kerosakan otak.

Sebab-sebab jaundis
Fungsi hati yang kurang matang
kerosakan pada hati
Pemecahan sel darah merah yang berlebihan ( cth : G6PD)




Kekurangan cecair dalam badan

Jika tidak dirawat dengan sempurna jaundis boleh mengakibatkan bayi :
Terencat akal / lambat pembelajaran (kernicterus)
Pekak
Meninggal dunia

Tanda-tanda awal jaundis
Kuning pada mata dan muka (walaupun  sedikit)


Tanda-tanda bahaya jaundis
Kuning pada dada, perut, kaki dan tangan
Air kencing pekat dan kuning


Bayi tidak aktif / lemah - kurang menagis, kurang menyusus atau banyak tidur



Keseluruhan badan kuning
Sawan / kekejangan otot



Jika bayi didapati jaundis
Bawa bayi ke klinik atau hospital berhampiran dengan segera walaupun terdapat kuning pada muka dan dada sahaja



Cara rawatan adalah melalui phototherapi (lampu biru di hospital). Atau pertukaran darah jika terlalu serius

Cara pencegahan jaundis teruk (SB terlalu tinggi)
Beri penyusuan susu ibu sepenuhnya
Cegah jangkitan melalui kebersihan tali pusat dan elak ruam panas
bawa bayi ke hospital dengan segera jika jaundis

Penyusuan Susu Ibu Yang Terbaik Buat Bayi Dan Anda

Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat.

Susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Susu pertama (kolostrum) mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari-hari pertama selepas lahir.

Agar anda dapat menyusukan dengan baik, pastikan anda mengamalkan pemakanan seimbang walaupun sebelum anda hamil. Dan pengambilan supplement yang betul juga mampu membantu dalam melancarkan proses penyusuan.

Kelebihan penyusuan susu ibu kepada ibu.
1. Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan ini boleh mengelakkan anda daripada mengandung

2. Ia boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman

3. Ia membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan menyurangkan risiko pendarahan yang berlebihan

4. Ia mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari

5. Penyususan susu ibu boleh silakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa

Kelebihan penyusuan susu ibu kepada bayi
1. Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang kian membesar

2. Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cerit-berit, bronkitis dan radang paru-paru

3. Susu ibu mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi

4. Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak

5. Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam keadaan penyusuan lain

6. Susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa, tiada masalah membancuh atau memanaskannya

7. Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.

Monday, 30 March 2015

Perbezaan Vitamin Larut Air Dan Vitamin Larut Lemak

Vitamin Larut Air (Water Solute)
1. Vitamin B
2. Vitamin C

Vitamin larut air adalah vitamin yang boleh hancur dan larut dalam air. Keupayaan vitamin untuk larut dalam air bermakna vitamin tidak akan disimpan dalam badan dan akan dikumuhkan melalui air kencing dan peluh.

Jadi tidak merbahaya jika kita terlebih dos atau terlebih makan vitamin larut air ini kerana akan dikeluarkan dari badan.
Tetapi vitamin larut air ini juga mudah termusnahkan semasa penyediaan makanan . Sebab itu ketidakcukupan vitamin ini dalam badan sering berlaku.

Vitamin Larut Lemak ( Fat Solute)
1. Vitamin A
2. Vitamin D
3. Vitamin E
4. Vitamin K

Vitamin larut lemak adalah vitamin yang bergantung pada lemak untuk diserap dengan baik oleh badan.
Sebaiknya diambil selepas kita mengambil makanan berlemak atau berminyak.

Vitamin larut lemak ini disimpan di dalam tisu lemak, bermakna ia kan membawa kesan buruk jika terlebih dos.

Di Shaklee vitamin larut lemak vitamin A boleh didapati di dalam Vitalea dan Caratomax. manakala vitamin E boleh didapati dari Vitamin E-Complex.

Terdapat juga produk lain yang boleh memenuhi keperluan vitamin larut lemak yangkita perlukan seperti Lecithin, Omega Guard dan GLA Complex.

Wednesday, 25 March 2015

Set Penyusuan

Terdapat beberapa set penyusuan antaranya:

SET B
1. Vitalea
2. B-complex
3. Vitamin C
4. Alfalfa

SET EU-FOUR-PACK
1. Vitalea
2. B-complex
3. Vitamin C
4. Ostematrix

SET E
1. Vitalea
2. B-complex
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Ostematrix

SET EU-FOUR PLUS
Konbinasi eu-four pack + ESP

SET 3M
Kombinasi set E + ESP

SET BUDGET DOUBLE BOOSTER
1. Alfalfa
2. ESP

SET BUDGET TRIPLE BOOSTER
1. Alfalfa
2. Ostematrix
3. ESP



Merawat Migrain Dan Sakit Kepala

Sakit kepala merupakan masalah kesihatan yang sering berlaku dan mempunyai pelbagai jenis.

Jenis-jenis sakit kepala dan ciri-cirinya :

Sakit kepala disebabkan ketegangan
1. Biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tak terhad pada sebahagian sahaja

2. Sakit mungkin berlarutan untuk beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walaubagaimanapun tahap tahap keterukannya mungkin berubah-ubah

 3. Menyerang pada bila-bila masa

4. Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan tetapi jarang sekali berdengut-dengut dan tak pernah disertai dengan demam


Sakit kepala migrain
1. Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuaka terlalu luas

2. Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satu-satu masa tetapi mungkin merebak keseluruh kepala.

3. Sakitnya berdengut-dengut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama

Sakit kepala bertumpu
1. Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migrain tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.

2. Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi di belakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama

3. Sakit yang menyerang tiba-tiba tanpa sebarang amaran




Keradangan sinus
1. Sakit yang biasa berlaku semasa atau selepas demam selsema yang teruk terutamanya jika berlaku titis postnasal (pengaliran lender berlebihan di kawasan hidung ke dalam fariks)

2. Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala dan menyerang dalam masa yang singkat.


Kini ada cara untuk merawat dengan supplement semulajadi yang tidak berbahaya


B -Complex
1. Vitamin B2 dan B6 mampu mengurangkan sakit kepala. B-complex Shaklee yang lengkap dengan segala vitamin B dapat mengurangkan risiko sakit kepala. Dah tak perlu panadol dan parasitomol yer...

2. Meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

Ostematrix
1. Magnesium yang terdapat dalam ostematrix penting untuk metabolisme kalsium

2. Membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi tegang / mengecut yang menjadi punca kepada sakit kepala

3. Membantu meringankan stress, membantu memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam

Vitamin C Plus
1. Membantu memperbaiki insomnea, stress dan keresahan







Tuesday, 17 March 2015

B Complex




Keistimewaan B-complex 
 Lengkap dengan semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
Thiamin (B-1)
Riboflavin (B-2)
Niacin (B-3)
Pantothenic acid (B-5)
Pyridoxine (B-6)
Biotin (B-7)
Folic acid (B-9)
Cobalamin (B012)















Fungsi B-complex
1. Meningkatkan tahap metabolisme badan, meningkatkan tenaga dan menyelakkan kelesuan
2. Menukarkan makanan kepada tenaga
3. Membantu dalam menstabilkan saraf dan meningkatkan
proses pemikiran serta daya tumpuan
4. Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina
5. Melancarkan fungsi sistem saraf
6. Mengawal/membantu merawat masalah kencing manis, darah tinggi
dan migraine  

7. Mengurangkan tekanan emosi dan mengawal stress (mengelakkan meroyan di kalangan ibu pantang)


Siapa perlukan B - Complex
1. Individu yang terdedah kepada sinaran matahari
2. Mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah
tinggi dan migraine
3. Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
4. Mereka yang mengandung dan menyusukan anak
5. Wanita yang mengambil pil perancang
6. Ibu dalam pantang

Promo Bulan Mac 1015

Bulan ni punya promo....meletop..

ESP, Vita-Lea For Children dan Zinc Complex
Seisi keleuarga boleh guna. dari ibu, ayah dan anak.

Jom dapatkan sekarang..... saya suka...saya suka...

Wednesday, 25 February 2015

Cara Mengepam Susu



Ada beberapa tips dan cara sebagai panduan untuk mengepam susu.

1) Pilih pam yang betul.
Pemilihan pam yang betul sangat penting. kalau pam yang menyakitkan, susah susu nak keluar.

2) Tenangkan diri.
Penting sebab kalau stress susu susah nak keluar. Sebelum pam, urut breast untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-perlahan dari bahu ke nipple

3) Tuam breast dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan sebabkan saluran darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar. Semasa mengepam boleh lihat video atau gambar anak atau bayangkan wajah anak untuk menggalakkan hormon keluarkan susu dengan lebih banyak dan cepat.

4) Berzikir dan selawat
Amalan berzikir dan berselawat akan membuatkan hati sentiasa tenang disamping mendapat ganjalan pahala yang banyak.

Tuesday, 24 February 2015

Masalah Bengkak Susu


Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi ada beberapa cara bagi mengatasi  masalah bengkak susu ini.


 Antaranya :


 Tuam dengan air panas



Cold Method - caranya

1) Baring / lay down on flat surface

2) Urut breast dari pangkal breast ke arah nipple. Urut sampai susu ada terpancut keluar. Kadangkala susu tidak keluar sebab ada lubang susu yang tertutup. jadi cuba bersihkan lubang nipple dahulu. Bila letak ice pack, kawasan yang sakit/keras itu akan kurang rasa sakit bila diurut.

3) Bila sudah rasa kurang bengkak breast, try to pump sekosong-kosongnya. Maybe try untuk dapat 2x let-down

4) Kalau boleh sentiasa letak ice pack for the whole day kat breast tue. Even waktu tidur malam pun..

Wednesday, 11 February 2015

Experiment Vitalea





Dalam masa tak sampai 6 minit vitamin ini telah larut dalam air. ● Disokong oleh tujuh kajian klinikal
● Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
● Vitalea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk. ● Ini antara sebab kenapa ramai yang memilih vitalea sebagai supplement tambahan untuk kesihatan.
Membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh

Ostematrix Untuk Ibu Hamil

Pernah tak tiba2 terjaga dari tidur sebab kaki kejang dan sakit? Rasa macam nak menjerit je kan. Ini sering terjadi kepada ibu hamil.
Dengan pengambilan kalsium yang mencukupi mampu membantu mengatasi masalah ini.
Kalsium penting bagi ibu dan baby dalam kandungan.
>Menguatkan tulang
>Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas




Dengan Niat Yang Ikhlas


















Walau apa pun pekerjaan kita dan apa yang kita lakukan buatlah semuanya dengan niat yang baik dan ikhlas kerana Allah Taala. Sentiasa tanamkan azam untuk membantu dan menolong orang lain.
InsyaAllah, itulah yang saya akan cuba lakukan.

Semoga dengan sedikit perkongsian di blog ini mampu membantu dan memberi manfaat kepada kita semua. Semoga hati kita sentiasa terarah untuk melakukan kebaikan dan sentiasa dekat dengan rahmat Allah.

Kenapa Perlunya Supplement



Badan kita ni macam jalan. Bila dah selalu guna jalan pun akan rosak. Kalau banyak sangat lori besar lalu lagilah cepat berlubang. Sama la juga dengan badan kita. Bila selalu diguna dan kadang-kadang terlebih guna maka cepat lah rosak.

Kalau jalan berlubang tu lagi besar lubangnya, maka lagi banyaklah tar kita perlukan untuk turap dan lagi banyak masa diambil untuk tutup lubang tu. Sama macam kita. Lagi banyak lompang nutrisi dalam badan kita lagi banyak supplement kena ambil dan lagi lama masa nak pulih. So, supplement ni macam tar jalan yang kita guna untuk turap sedikit demi sedikit lompang nutrisi dalam badan.

Berbeza dengan ubat. Kalau ubat umpama kita ambil kayu tutup lubang atas jalan. Lubang memang tertutup dan kereta pun boleh lalu. Tapi jika alihkan kayu tu, berlubang semula kan?

Sama la kalau kita ambil ubat dan ubat ni akan atasi simptom-simptom sakit kita. Tapi hakikatnya punca kita sakit masih tak dirawat.
 


Perkongsian bersama,
Master Aimi Syairah dan 

Chasers Network

Promo Februari 2015



Haa....ini dia promosi untuk bulan ini. best kan....
*Ostematrix
* Advanced Joint Health Tablet
* Vitalea Iron Formula
* Vitalea Chewable for Kids




Sejarah Vita-Lea Iron Formula


     

    • Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.
    • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (100 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
    •   
    • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
    • Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
    • Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina
    • Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”
    •  
    • Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
    • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
    •  
    •  
    • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
    • Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

    Friday, 23 January 2015

    Masih Belum Hamil? Jangan Mudah Putus Asa


    Kita sering dengar seseorang itu memberi jawapan "tiada rezeki lagi" apabila ditanya mengapa belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin.

     Jangan mudah putus asa walaupun kadang kala terasa hati dengan soalan-soalan seperti itu.
    Bukankah setiap rezeki itu Allah yang beri? Kita sebagai hambanya hanya perlu usaha dan berdoa.

    Sebaiknya iktiar dengan segera mendapatkan nasihat atau jalani pemeriksaan doktor setelah berusaha tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat.

    Dalam Al-Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.

    "Atau Ia (Allah) mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Ia (Allah) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia (Allah) Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Surah Asy-Syura :50)

    Selagi belum cukup usaha kita, Allah akan menangguhkan kurniaanNya. Inilah sunnatullah yang telah ditetapkan Allah. Allah mahu kita berusaha dan memohon dariNya. Teruskan usaha dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

     Shaklee juga ada menawarkan supplement semulajadi bagi membantu pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat lagi. Set kesuburan wanita dan set kesuburan lelaki membantu menstabilkan hormon dan membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan dalam usaha mendapatkan zuriat.






    Wednesday, 21 January 2015

    ESP Dan Alfalfa Sebagai Milkbooster Terbaik



    Wahh....tengok gambar di atas, penuh dengan susu ibu untuk anak. Seronokkan bila ibu-ibu dapat menyusukan anak dengan susu sendiri. Sebabnya semua sedia maklum bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi. Lagi satu memang jimat sebab tak perlu beli susu formula. Anak yang minum susu ibu juga antibodi badan lebih kuat sebab susu ibu adalah yang TERBAIK UNTUK SI MANJA.

    Kalau ibu yang tak bekerja, surirumah memang tak ada masalah untuk terus susukan anak. Tapi untuk ibu yang bekerja perlu sediakan stok susu yang cukup untuk dihantar ke rumah pengasuh kan. Kadang-kadang bila stress kat tempat kerja pun boleh menyebabkan penghasilan susu merudum.

    Jadi ESP dan Alfalfa adalah jawapannya. 
    ESP merupakan protein terbaik yang penting dalam penyusuan ibu. Antara komponen utama penyusuan ialah protein, jadi bila protein cukup, susu juga akan meriah.

    Alfalfa juga sebagai milkbooster. Gabungan keduanya akan memberikan kesan yang sangat hebat.

    Disampaing itu ianya boleh mencantikkan kulit dan membantu mengatasi masalah keputihan. ianya juga bertindak sebagai perapat (kacip fatimah) untuk hubungan suami isteri.

    Tuesday, 20 January 2015

    Peppermint Ginger Plus



    Apa itu Peppermint Ginger Plus?
    Merupakan kombinasi 4 herba dari barat dan Timur. Ianya dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
    4 kombinasi herba adalah :
    1. Pudina
    2 Halia
    3. Pokok Adas (fennal)
    4. Cekur manis
    Terdapat juga intan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan

    Boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi. Ianya tiada perasa tiruan, pemaniis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

    Fungsi Dan Kebaikan Peppermint Ginger Plus
    1. Membantu melegakan masalah angin dalam badan
    2. Membuang angin dalam badan
    3. Atasi masalah perut kembung

    4. Memelihara saluran penghadaman



    Siapa yang perlukannya
    1. Orang yang badan penuh angin
    2. Orang yang sering muntah-muntah dan loya-loya
    3. Orang yang ingin menjaga kebersihan usus
    4. Orang yang suka minum teh pudina
    5. Orang yang sering kembung perut

    Nutrisi Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil

    Makanan yang sihat dan seimbang penting untuk ibu hamil. Antaranya :

    1. Protein
    Penting dalam pembentukan sel-sel badan. Semasa hamil protein diperlukan dalam pembentukan sel-sel darah merah yang akan membekalkan nutrisi dan oksigen kepada bayi.

    2. Kalsium
    Penting dalam pertumbuhan tulang dan gigi bayi yang sihat. kalsium juga dapat mengurangkan simptom sakit belakang dan kekejangan urat yang biasa dihadapi ibu ketika hamil.

    3. Karbohidrat Dan Lemak
    Bagi membekalkan badan ibu dengan tenaga yang diperlukansepanjang kehamilan dan untuk aktiviti harian .

    4. Zat Besi
    Penting dalam penghasilan hemoglobin (protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen) . Ketika hamil jumlah darah di dalam badan itu akan meningkat dan ibu hamil perlu tambahan zat besi bagi menghasilkan lebih banyak hemoglobin. Zat  besi juga diperlukan untuk pembesaran bayi dan plasenta.

    5. Vitamin C
    Penting dalam pembentukan kolagen yang merupakan komponen penting dalam pembentukan salur darah. Vitamin C membantu badan ibu menyerap zat besi yang penting untuk perkembangan mental bayi

    6. Vitamin B -Complex
    Diperlukan dalam kuantiti secukupnya bagi memastikan sistem saraf, otot dan jantung untuk berfungsi dengan baik.

    7. Vitamin D
    Diperlukan dalam memastikan tulang bayi berkembang dengan sempurna.

    8. Folat Dan Asid Folik
    Membantu dalam pembahagian dan pertumbuhan sel. mengelakkan kecacatan sarah tunjang semasa bayi berkembang. Folat juga diperlukan untuk membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk bayi.

    9. Zink
    Zink diperlukan untuk menghasilkan, membaiki DNA dan memastikan DNA dapat berfungsi dengan baik. Zink ini penting dalam perkembangan sel-sel bayi. kekurangan zink boleh menyebabkan keguguran dan kekurangan berat bayi ketika lahir.

    10. Iodine
    Membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Kekurangan iodine boleh menyebabkan kecacatan mental dan kerosakan otak serta dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran, kelahiran pra matang dan mati ketika lahir.



    Set Untuk Kehamilan


    Set Kehamilan Trimester Pertama



    1. Vitalea
     Merupakan multivitamin terbaik yang dilengkapi dengan zat besi. Dapat membantu pembentukan sel darah merah dan mengatasi masalah HB rendah.

    2. B-Complex
    Mengandungi 8 kumpulan vitamin B penting termasuk asid folik bagi pembentukan sel darah merah. Kekurangan asid folik boleh membawa kepada kecacatan tiub neural pada bayi yang boleh membawa kepada kematian semasa dalam kandungan

    3. Vitamin C
    Meningkatkan sistem pertahanan badan ibu dan bayi, menyokong pembentukan tulang, gigi dan gusi yang sihat.

    4. Ostematrix
    Merupakan kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D untuk penyerapan yang baik. Kalsium penting dalam pembentukan tulang dan gigi bayi. Ini juga dapat mengelak ibu daripada mengalami kebas dan kekejangan urat semasa hamil.
      
     


    Set Kehamilan Trimester Kedua Dan Ketiga
    1. Vitalea
    2. B-Complex
    3. Vitamin C
    4. Ostematrix
    5. Omega Guard

    Omega Guard ini mengandungi minyak ikan yang membekalkan DHA bagi perkembangan otak bayi dan EPA bagi kesihatan jantung ibu. Ini juga mampu menggalakkan perkembangan sistem saraf, otak dan mata.


    Pengambilan Set Kehamilan Shaklee ini mampu memenuhi keperluan bagi ibu dan bayi dalam kandungan. Vitamin lain seperti obimin dan asid folik tidak perlu diambil lagi kerana asid folik telah terkandung di dalam Vitamin B-Complex dan obimin telah ada dalam Vitalea itu tadi.





    Set Ibu Preggy GDM
    Set ibu preggy merupakan set bagi ibu hamil yang menghadapi kencing manis @ diabetis .


    Ini antara testimoni pengguna yang telah mengamalkan set kehamilan Shaklee.






    Bagi sebarang pertanyaan dan jika berminat untuk mencubanya bolehlah hubungi saya
    pm /whatsApp : Adah 019-2841185.