Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat.
Susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Susu pertama (kolostrum) mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari-hari pertama selepas lahir.
Agar anda dapat menyusukan dengan baik, pastikan anda mengamalkan pemakanan seimbang walaupun sebelum anda hamil. Dan pengambilan supplement yang betul juga mampu membantu dalam melancarkan proses penyusuan.
Kelebihan penyusuan susu ibu kepada ibu.
1. Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan ini boleh mengelakkan anda daripada mengandung
2. Ia boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman
3. Ia membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan menyurangkan risiko pendarahan yang berlebihan
4. Ia mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari
5. Penyususan susu ibu boleh silakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa
Kelebihan penyusuan susu ibu kepada bayi
1. Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang kian membesar
2. Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cerit-berit, bronkitis dan radang paru-paru
3. Susu ibu mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi
4. Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak
5. Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam keadaan penyusuan lain
6. Susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa, tiada masalah membancuh atau memanaskannya
7. Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.
No comments:
Post a Comment