Apa itu Jaundise?
satu keadaan di mana kulit dan mata bayi berwarna kekuningan akibat paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah bayi. Jika paras bilirubin terlalu tinggi ia boleh mengakibatkan kerosakan otak.
Sebab-sebab jaundis
Fungsi hati yang kurang matang
kerosakan pada hati
Pemecahan sel darah merah yang berlebihan ( cth : G6PD)
Kekurangan cecair dalam badan
Jika tidak dirawat dengan sempurna jaundis boleh mengakibatkan bayi :
Terencat akal / lambat pembelajaran (kernicterus)
Pekak
Meninggal dunia
Tanda-tanda awal jaundis
Kuning pada mata dan muka (walaupun sedikit)
Tanda-tanda bahaya jaundis
Kuning pada dada, perut, kaki dan tangan
Air kencing pekat dan kuning
Bayi tidak aktif / lemah - kurang menagis, kurang menyusus atau banyak tidur
Keseluruhan badan kuning
Sawan / kekejangan otot
Jika bayi didapati jaundis
Bawa bayi ke klinik atau hospital berhampiran dengan segera walaupun terdapat kuning pada muka dan dada sahaja
Cara rawatan adalah melalui phototherapi (lampu biru di hospital). Atau pertukaran darah jika terlalu serius
Cara pencegahan jaundis teruk (SB terlalu tinggi)
Beri penyusuan susu ibu sepenuhnya
Cegah jangkitan melalui kebersihan tali pusat dan elak ruam panas
bawa bayi ke hospital dengan segera jika jaundis
No comments:
Post a Comment