Tuesday, 20 January 2015

Nutrisi Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil

Makanan yang sihat dan seimbang penting untuk ibu hamil. Antaranya :

1. Protein
Penting dalam pembentukan sel-sel badan. Semasa hamil protein diperlukan dalam pembentukan sel-sel darah merah yang akan membekalkan nutrisi dan oksigen kepada bayi.

2. Kalsium
Penting dalam pertumbuhan tulang dan gigi bayi yang sihat. kalsium juga dapat mengurangkan simptom sakit belakang dan kekejangan urat yang biasa dihadapi ibu ketika hamil.

3. Karbohidrat Dan Lemak
Bagi membekalkan badan ibu dengan tenaga yang diperlukansepanjang kehamilan dan untuk aktiviti harian .

4. Zat Besi
Penting dalam penghasilan hemoglobin (protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen) . Ketika hamil jumlah darah di dalam badan itu akan meningkat dan ibu hamil perlu tambahan zat besi bagi menghasilkan lebih banyak hemoglobin. Zat  besi juga diperlukan untuk pembesaran bayi dan plasenta.

5. Vitamin C
Penting dalam pembentukan kolagen yang merupakan komponen penting dalam pembentukan salur darah. Vitamin C membantu badan ibu menyerap zat besi yang penting untuk perkembangan mental bayi

6. Vitamin B -Complex
Diperlukan dalam kuantiti secukupnya bagi memastikan sistem saraf, otot dan jantung untuk berfungsi dengan baik.

7. Vitamin D
Diperlukan dalam memastikan tulang bayi berkembang dengan sempurna.

8. Folat Dan Asid Folik
Membantu dalam pembahagian dan pertumbuhan sel. mengelakkan kecacatan sarah tunjang semasa bayi berkembang. Folat juga diperlukan untuk membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk bayi.

9. Zink
Zink diperlukan untuk menghasilkan, membaiki DNA dan memastikan DNA dapat berfungsi dengan baik. Zink ini penting dalam perkembangan sel-sel bayi. kekurangan zink boleh menyebabkan keguguran dan kekurangan berat bayi ketika lahir.

10. Iodine
Membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Kekurangan iodine boleh menyebabkan kecacatan mental dan kerosakan otak serta dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran, kelahiran pra matang dan mati ketika lahir.



No comments:

Post a Comment