Perkongsian dari Master Aimi
Anda rasa semakin teruk setelah
mengambil produk Shaklee kami? Itu petanda lazim Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan.
Kenali kenapa, mengapa dan bagaimana Healing Crisis berlaku.
Q: Apakah yang dimaksudkan
dengan krisis penyembuhan?
A:Ia merupakan satu proses
berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula
sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini
akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam
badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan
mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil
sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa
didahului dengan krisis penyembuhan.
Q:Mengapakah krisis penyembuhan
selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut Professor Yoshio Niwa,
seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan
nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan
tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses
pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru
dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam
pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa
badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda
seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat
atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip
tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak
kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu
disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti
baru.
Q:Adakah krisis penyembuhan petanda
yang baik?
A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan
satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil
benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi
semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia
ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan
yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat
sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari
perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Q:Adakah setiap orang akan mengalami
petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap orang adalah berbeza.
Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka
mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu
atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan,
lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa lamakah
tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada
keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3
hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik selepas
mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan
tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2
bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya
(cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya
tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
- Tidak mengamalkannya setiap hari
- Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
- Mengalami masalah emosi
No comments:
Post a Comment