Kurma ayam untuk anak.
Ikan bilis goreng kicap cili berapi untuk ibu.
Tak nak cerita pasal kurma ayam. Tapi Adah nak cerita pasal ikan bilis ni.
Ikan bilis ini Adah kirim pada kak
Redha Hayati Redha semasa dia balik ke Sabah hari tu.
Korang tahu tak kalau kat Sabah melambak ikan bilis dan segala ikan masin yang harganya jauh lebih murah dari Semenanjung ini.
Kualiti ikan bilisnya pun best sangat tau. Bersih , dah siap di buang isi perutnya dan kalau digoreng sangat rangup lagi sedap.
Korang goreng ikan bilis sampai garing dan rangup. Toskan.
Kemudian 1 biji bawang besar dan 7 biji cili api yang telah dihiris ko masak atas kuali dengan minyak sedikit je tau.
Tumis kan ia kemudian masukkan ikan bilis tadi dan sedikit kicap. Gaul sebati.
Makan dengan nasi panas-panas.
perh, merecik peluh kat dahi bila tergigit cili. Sedap wei..
Ikan bilis ni makan hari-hari pun tak jemu. krup krap bunyi dia.
Orang cakap makan ikan yang kaya dengan omega 3 boleh bantu jadi bijak kan.
Kalau tak suka atau kurang makan ikan dan nak dapatkan minyak ikan
omega 3 yang terbaik dan tulen boleh ambil Omega Guard Shaklee.
Inbox Adah je ye untuk lebih lanjut bagi minyak ikan Omega Guard ni.
Nak ikan bilis kau tanya sendiri akak Redha Hayati Redha ye