Dekat FB dan blog ni kita boleh tulis dan baca juga penulisan orang lain. Setiap hari kita boleh baca macam-macam perkara.
Ada yang melibatkan emosi dan logik akal.
Ada yang positif, ada yang negatif.
Bersyukurlah kalau kita dikelilingi kawan fb yang positif. Semoga aura positif juga meresap ke dalam jiwa kita.
Tapi kan normal lah sebagai manusia biasa. Ada masa kita dimainkan perasaan sendiri. Ada masa kita down, ada masa marah.
Bila emosi tak stabil cubalah tahan diri sekejap untuk menulis di fb.
Takut-takut apa yang di tulis memakan diri sendiri.
Contohnya macam ini lah.
Kita minta pasangan pergi kedai beli tempe yang di balut daun tapi alih-alih dia bawa balik tempe yang dibungkus plastik.


Rasa geram dan marah tak puas hati terus post ke fb. Masa tulis ke fb tu tak adalah petik nama dia. Tapi gaya penulisan geram tu siap perli bagai, memang tujukan ke dia.
isy...isy..., tak baik tau. Tak pasal-pasal dapat dosa free.
Tak perlu semua benda nak luah ke fb. Rasa geram, marah, masalah keluarga, hal dalam kain semua nak bagitahu public.
Geram tak dibelikan emas 48gram pun post ke fb.
Kecewa makan lauk telur je pun post ke fb.
Telur tu sedap wei, bersyukurlah dapat makan lauk telur.
Cuba kau cari jiran 44 rumah depan belakang kiri kanan, mungkin ada yang lagi susah tak makan tau.
Kan ke lebih baik bila sedih, kecewa kita duduk di tikar solat. Luahkan segalanya dan mengadulah pada Tuhan Yang Esa yang maha mendengar lagi maha mengasihani.
Masalah suami isteri kita settle kan secara face to face bukannya ke facebook. Bawa berbincang ye.
Yang baik-baik dan suci murni je kita post ke fb. Mana tau apa yang kita tulis tu akan bantu kita menempah tiket ke syurga.
Kalau pun tengah sedih nangis di bucu katil tetap boleh tulis yang baik-baik saje. Ni baru betul jiwa sado kan kawan.

Buatlah kebaikan walaupun sebesar zarah pasti akan dapat balasan yang baik.
Ni ada yang nak cakap Adah bajet macam ustazah lah kan. Mentang-mentang parking kat tempat penceramah. haha...

Tak ada lah nak bajet bagus, cuma kita sama-sama berpesan ke arah kebaikan. Bersama untuk mencari pahala.
Ok jom latih diri untuk tulis yang baik saje ke fb moga ada pahala yang menanti kelak.
Yang sedih, geram, buruk dan bakal mendatangkan dosa kita simpan kemas ye.
Agar tak ada yang terasa hati dengan penulisan kita. Dan kita pun tak menambahkan dosa.
Sekian, tazkirah malam Jumaat.
No comments:
Post a Comment