Thursday, 8 February 2018

SALAM JUMAAT


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini Jumaat 09 Februari 2018 bersamaan 23 Jamadil Awwal 1439 Hijrah.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Jumaat adalah penghulu segala hari.
Hari yang terkumpul di dalamnya fadhilat dan kelebihan.


Antara peristiwa penting yang berlaku pada hari Jumaat ialah :

1) Allah ciptakan Adam

2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi

3)Allah matikan Nabi Adam

4) Pada hari itu juga (Jumaat) ada satu saat yang tidak  ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.


Amalan sunat hari Jumaat

1)  Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

2)  Membaca surah Al-Kahfi ada siang atau malam Jumaat

3) Mandi, memakai wangian dan mengenakan pakaian yang terbaik

4) Berangkat lebih awal menuju ke masjid untuk solat Jumaat bagi lelaki

5) Memotong kuku


Jom sama-sama kita perbanyakkan zikir, doa dan selawat pada hari Jumaat ini.
Semoga amalan kita semua di terima oleh Allah Taala.





No comments:

Post a Comment