Monday, 30 October 2017

Shaklee product bukan ORGANIK!!!!

Tapi BEYOND ORGANIK!!

Maksudnya??
Produk Shaklee lebih power dari status organik produk lain tau.

Produk lain yang dapat status certified organic tu, mereka ambil resources yang ditanam tanpa racun dan baja bukan sintetik. Maknanya bahan semulajadi.

Tapi masa menuai dan proses di kilang, mereka tak organik lagi. Maknanya boleh ditambah bahan2 kimia sintetik.

Tetapi... sumber supplemen shaklee bukan sahaja diambil dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dipelihara secara 100% organik, tapi semasa penuaian dan proses di kilang kita juga 100% organik!!!

Itulah beyond organik.
Maknanya lebih tulen dari organik biasa.

Paling organik.
Sehingga botol shaklee itu kalau ditanam, ia adalah biodegradable. Tak merosakkan alam.

Bukan sebarangan ye produk shaklee ni.
Paling organik paling hebat. Selamat!!


Persediaan Ibu Bersalin Sebelum Ke Hospital

Ada rakan-rakan Adah yang tengah tunggu hari ke.
Mesti seronokan nak dapat orang baru.

Yang baru pengalaman pertama mestilah lagi seronok dan takut kan. hehe...
 
Untuk ibu.

1. Kain batik
2. Baju lengan panjang berbutang di depan.
-Senang nanti nak menyusukan anak
3. Stokin
4. Tuala wanita
5. Peralatan mandi seperti sabun, ubat gigi, berus gigi

Untuk baby

1. Baju baby
2. Kain bedung, baby wipes, newborn pamper, stokin, sarung tangan
3. Minyak kayu putih
4. Buku merah baby
Ini antar serba ringkas yang ibu kena bawa. Mungkin ada lagi yang lain juga ibu boleh tambah.
Banyakkan berdoa ye.
Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat



Persediaan Sepanjang Kehamilan

1. Rancang rawatan antenatal anda dari awal.
- Bagi anda yang baru disahkan hamil boleh merancang untuk mendapatkan memeriksaan kesihatan dan kehamilan di klinik yang berdekatan.

2. Makan dengan baik dan jaga kebersihan makanan.
- Amalkan pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan ibu dan baby dalam kandungan.
- Setiap hidangan makanan seeloknya perlu lengkap dengan sayur, buah dan sumber protein.

3. Kurangkan pengambilan kafein
- Ada penggemar kopi?
Seeloknya ketika hamil cuba kurangkan pengambilan kafein.
Boleh tukar dengan air jus buah-buahan.
Banyakkan juga minum air masak

4. Lebihkan berehat
-Keletihan yang anda rasa di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif".
Ambil masa untuk berehat sekejap dan jangan melakukan aktiviti berat.


5. Supplement ibu hamil
- Asid folic sangat penting di ambil pada awal kehamilan bagi mencegah spina bifida dan kecacatan tiub neural bayi.
Omega 3, vitamin C juga mampu membantu kesihatan dan kecergasan ibu hamil.



Waktu Hamil Adalah Memori Indah Dan Manis.

Seronokkan kalau kita dapat bantu orang lain untuk lebih sihat dan bertenaga.
Seperti ESP ni yang dapat bantu ibu sepanjang kehamilan.

Ibu hamil lalui lah saat ini dengan rasa seronok dan syukur.

Tak semua wanita dapat pengalaman seperti ini.

Jadi buat memori indah selama 9 bulan ini dengan tenang dan gembira selalu.
Berikan makanan yang terbaik untuk kesihatan ibu dan baby dalam kandungan.


Apa itu ESP?



ESP adalah minuman soya yang membekalkan protien.

Protien adalah makanan yang penting untuk tubuh kita.Tubuh badan kita terdiri daripada protien seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protien untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.

Menarik tentang ESP adalah;

- ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.

- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.

- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.

- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.

- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru,

- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.

- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.

Sebabkan itu, badan kita sangat memerlukan PROTIEN. Sebabnya MAKANAN UTAMA bagi SEL ialah PROTIN. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.Khasiat ESP adalah;

1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak.

Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
----------------------------------------


kebaikan / manfaat ESP :

Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan.

 Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?
KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN
Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.
Badan kita terdiri daripada sel. 
Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem.

Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.



PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG


Thursday, 5 October 2017

ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah di beri kesempatan untuk jenguk semula blog yang dah lama bersawang ini.

Lama sungguh tak buat apa-apa coretan kat dalam blog ini.

Harap selepas ini rajinlah semula ye Adah....... hehe

Oklah nak kemas semula dan bersihkan blog ini.

Ini pun ibarat rumah kita.

Rumah dalam alam maya.

Kenalah sapu, kemas, cuci.

Nak lagi cantik dan menarik kena di cat dengan warna baru yang cantik dan ceria.

Tunggu.....