Thursday, 19 April 2018

Fungsi Utama Protein

1. Membina sel dan maintainkan sel

Sel penting kerana apabila bergabung akan membentuk tisu
Tisu yang berlainan bergabung membentuk organ
Organ-organ yang saling berkaitan fungsi membentuk sistem
Sistem berbeza bergabung untuk membentuk organisma - manusia

SEL - TISU - ORGAN - SISTEM - MANUSIA

2. Protein penting untuk manusia kekal sihat

Kita perlukan protein untuk pastikan organ-organ dalaman kita sihat.
Organ sihat, badan pun sihat. Protein adalah basic untuk bina sel dalam badan.

Sel kat muka bertahan untuk 21 hari. sepanjang 21 hari sel akan mati.
Sel kat bahagian lain pula dalam tempoh 90-120 hari.

Sel yang mati perlu bertukar supaya badan kita sentiasa sihat. Kulit pun tak kusam.


Tanda-tanda badan kurang protein
1. Otot kecil dan lemah
2. Rambut rosak / bercabang/ gugur
3. Imun badan menurun
4. Kuku rapuh dan mudah patah
5. Fungsi otak terganggu
6. Sukar tidur

Haa...cuba korang perhati, ada tak tanda-tanda macam kat atas tu. maknanya kurang protein tau.
protein yang kita ambil dalam diet harian mungkin tak cukup. Sebab itulah kena tampung dengan supplement

Badan perlukan protein untuk sistem,
1. Muscle / otot
Protein dalam otot membantu pergerakan otot supaya berfungsi dengan lebih baik
Setiap kerdipan mata pun perlukan otot tau.

2. Messenger dalam sel
Kita punya messenger dalam sel iaitu neutrotransmitter (sampaikan maklumat dari sel ke sel yang lain) juga perlukan protein.

3. Antibodi
Antibodi perlukan protein untuk melawan virus. Nak sihat kena kuat dan nak kuat kena cukup protein.

4. Kuku dan rambut
Kuku yang sihat dan kuat bermuladengan protein yang mencukupi dalam tubuh. Sama seperti rambut, sel di bahagian rambut perlukan protein untuk bina sel rambut yang kuat.

5. Darah (hemoglobin)
Bila kita bernafas kita membawa oksigen ke dalam tubuh. Oksigen daripada situ bawa ke sel-sel seluruh badan. Untuk lancarkan proses bawa oksigen kita perlukan protein juga.

6. Otak
Salah satu fungsi otak di sokong oleh protein. Protein membantu signal otak dan pengangkut maklumat antara sel-sel.

7. Enzim
8. Sel  


Friday, 6 April 2018

Tips Memilih Soya


 Sahabat Adah semua, tahu tak bahawa dalam memilih soya apa yang perlu kita tahu?

Mai sini nak cerita sikit.

Soya yang bagus adalah sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang bersifat lactose-intolerant.

 Memberi pelbagai faedah seperti membantu kurangkan kolesterol

Penggunaan protein soya berterusan harus membantu wanita menguruskan sindrom menopaus.
 

100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk vegan.

#tipsmemilihsoya

April 2018 Yang Awesome

Selamat pagi Sabtu kawan semua.

Lambai-lambai tangan pada suami pergi kerja terus terpandang pokok di laman rumah.

Terapi mata pagi ini dengan tengok pokok hijau.

Dalam banyak-banyak pokok pemberikan seorang kawan, ini lah pokok yang berjaya Adah besarkan dan mengGEMUKkan pokok ni. kahkah....yang lain mati.

Harap kawan Adah ini tak jemu lah bagi lagi pokok ye. Akan ku usahakan untuk menjaganya sebaik mugkin. InsyaAllah.

Tengah belajar sejukkan tangan untuk membelai pokok kesayangan ini.



Lepas terapi mata, kita terapi perut pula. 😆. Dengan esp Adah berjaya mengecilkan dan mengKURUSkan badan ini.

Jom berESP. Promo esp bulan April ini sangat best tau. laju je semua orang rebut.

Awak tan nak ke rebut esp ini juga?

Jom roger Adah sekarang.

Tuesday, 27 February 2018

YOUTH

Rahsia kecantikan kulit wajah ada tersembunyi di dalam beg ini.

Beg yang mudah dan senang di bawa ke mana-mana. 😍


Korang nak tau Youth skincare ni adalah organik.

Ada khasiat dari herba dan tumbuh-tumbuhan. Bila kita sapu dikulit, kulit kita serap vitamin dan mineral yg ada pada krim. Jadi kulit kita bukan sahaja bebas jeragat dan jerawat, tapi makin lama guna, makin cantik.

Skincare yg bervitamin.

Shaklee buat kajian dgn doktor pakar kulit, 100% pengguna Youth skincare ni dpt effect kulit cantik selepas satu minggu.

Dan takde skincare yg setakat ni berani bagi jaminan 100%.
Shaklee saja ada documented work utk ujian ini.
Sebab tu dia berani kata 100%.



Pesanan Untuk Pengguna Laman Sosial

Mudahnya Buat Baik Lalu Dapat Pahala, Kenapa Keburukan Dan Dosa Juga Yang Kau Cari.
 

Dekat FB dan blog ni kita boleh tulis dan baca juga penulisan orang lain. Setiap hari kita boleh baca macam-macam perkara.

Ada yang melibatkan emosi dan logik akal.

Ada yang positif, ada yang negatif.

Bersyukurlah kalau kita dikelilingi kawan fb yang positif. Semoga aura positif juga meresap ke dalam jiwa kita.

Tapi kan normal lah sebagai manusia biasa. Ada masa kita dimainkan perasaan sendiri. Ada masa kita down, ada masa marah.

Bila emosi tak stabil cubalah tahan diri sekejap untuk menulis di fb.

Takut-takut apa yang di tulis memakan diri sendiri.

Contohnya macam ini lah.

Kita minta pasangan pergi kedai beli tempe yang di balut daun tapi alih-alih dia bawa balik tempe yang dibungkus plastik. 🤦🏻‍♀️😤

Rasa geram dan marah tak puas hati terus post ke fb. Masa tulis ke fb tu tak adalah petik nama dia. Tapi gaya penulisan geram tu siap perli bagai, memang tujukan ke dia.

isy...isy..., tak baik tau. Tak pasal-pasal dapat dosa free.

Tak perlu semua benda nak luah ke fb. Rasa geram, marah, masalah keluarga, hal dalam kain semua nak bagitahu public.

Geram tak dibelikan emas 48gram pun post ke fb.

Kecewa makan lauk telur je pun post ke fb.

Telur tu sedap wei, bersyukurlah dapat makan lauk telur.

Cuba kau cari jiran 44 rumah depan belakang kiri kanan, mungkin ada yang lagi susah tak makan tau.

Kan ke lebih baik bila sedih, kecewa kita duduk di tikar solat. Luahkan segalanya dan mengadulah pada Tuhan Yang Esa yang maha mendengar lagi maha mengasihani.

Masalah suami isteri kita settle kan secara face to face bukannya ke facebook. Bawa berbincang ye.

Yang baik-baik dan suci murni je kita post ke fb. Mana tau apa yang kita tulis tu akan bantu kita menempah tiket ke syurga.

Kalau pun tengah sedih nangis di bucu katil tetap boleh tulis yang baik-baik saje. Ni baru betul jiwa sado kan kawan. 😊

Buatlah kebaikan walaupun sebesar zarah pasti akan dapat balasan yang baik.

Ni ada yang nak cakap Adah bajet macam ustazah lah kan. Mentang-mentang parking kat tempat penceramah. haha...😄

Tak ada lah nak bajet bagus, cuma kita sama-sama berpesan ke arah kebaikan. Bersama untuk mencari pahala.

Ok jom latih diri untuk tulis yang baik saje ke fb moga ada pahala yang menanti kelak.

Yang sedih, geram, buruk dan bakal mendatangkan dosa kita simpan kemas ye.

Agar tak ada yang terasa hati dengan penulisan kita. Dan kita pun tak menambahkan dosa.

Sekian, tazkirah malam Jumaat.


Monday, 19 February 2018

Penyakit Skurvi



Salah satu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C adalah skurvi.

Kekurangan vitamin C mengganggu keupayaan tubuh untuk mengeluarkan kolagen dan tisu penghubung.

Seorang yang menghidapi skurvi, badan secara berperingkat akan menjadi lemah kerana kolagen dipecah dan tidak diganti.

Tendon dan Joints jadi lemah.

Gigi longgar dan rapuh. Tisu penghubung di dalam mulut tidak boleh memegang gigi lagi dan mula hancur.

Organ-organ yang dipegang bersama oleh tisu-tisu penghubung tetapi dengan skurvi, bentuk organ dalaman mula melemah dan tidak lama lagi akan semakin mudah diserang penyakit.
 




 

Cuaca Panassss.....,.


Alhamdulillah dengan cuaca yang cantik hari ini.

Tapi bila selalu kena panas kulit Adah yang kering ini cepat sangat sunburn.

Setiap hari pukul 12 tengah hari hingga pukul 2 petang mesti kat tengah jalan ambil anak sekolah.
Masa matahari betul-betul atas kepala.

Terasa lah nikmat panas tu.

Sebab itu lah Adah ambil vitamin C ini.

Hari ini Adah nak ambil vitamin C ini setiap 5 jam tau.
hehe...betul-betul nak jaga kulit muka ni.

Sustained realese maksudnya vitamin C ini dilepaskan setiap jam mengikut keperluan badan kita.
Sebiji vitamin C tahan 5 jam dalam badan.

Ok ni dah ambil sebiji tadi. Lepas 5 jam nanti Adah ambil sebiji lagi.

Awak yang nak dapatkan vitamin C ni inbox Adah tau.
Jaga diri, jaga kesihatan.